Friday, July 10, 2015

0 Jom Masak :: Udang Masak Lemak Cendawan

Menu minggu lepas ni..

heheh..
menu ni sebenarnya en.husben aku yang request.. 
nak makan masak lemak udang kononnya..

so aku masakkanla... baik tak aku.. hahahha

korang tau...sepanjang bulan posa nih. 
baru sekali aku g bazar.. 
tu pun sebab nak belikan kuih dlam kuantiti yg banyak nak bawak g surau.. 
so.. alang2tu.. beli la sekali makanan berbuka.. makan la aku nasik kerabu..
 2 orang RM14.00. pengsan aku.. mahal betul makanan sekarang.. huhuhu...
sejak tu.. sampai ke hari nih.. aku tak sampai lagi ke bazar tu.. 

eh back to story..
pas balik kerja.. 6.30 baru start masak.. aku masak campak jew kekdahnya..
santan pun pakai santan kotak jew.. 

so aku kongsikan..

thisss,...


UDANG MASAK LEMAK CENDAWAN
  1. 1 kotak santan MSN (kotak kecik)- optional santan ori lagi best
  2. Udang 
  3. 1" kunyit hidup *
  4. 1 biji Bawang besar *
  5. 1 or 2 batang serai *
  6. 5 biji cili padi * nak pedas lebihkan cili
  7. 4 keping Asam keping
  8. Cendawan butang (optional leh jew bubuh apa2 cendawan)
  9. hirisan daun kunyit
  10. Garam dan gula secukup rasa

CARA MASAK
  1. Tumbuk kasar kesemua bahan bertanda *
  2. Masukan santan dalam peruik , tambahkan asam keping dan bahan yang ditumbuk kasar tadi
  3. Masak sampai santan mula mendidih (kacau /timbok supaya tidak pecah minyak)
  4. Masukkan Udang dan cendawan didihkan seketika dan perasakan dengan garam dan gula
  5. Tutup api dan masukkan hirisan kaun kunyit dan tomato
siap....

leh la cuba.. kalo rajin.. simple jew sebab rebus.. 10 dah siap..hehe

No comments:

Post a Comment

Terima kasih yer coz sudi komen-komen kat sini, semua komen2 anda sangatlah dihargai.. hehhe :P

Maaf, if yana terlepas pandang komen-komen anda, sesungguhnya daku hanyalah insan biasa.. (hehhe ayat) salam kenalan U all's...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close